Saturday, September 24, 2011

unpredictable mood :(:

need somebody to hear my problem....
need somebody to guide me....
nevertheless, there is nobody to be choose..

that's true..I've friends..
but how many of friend"s" are truly want to be my friend......
I know, I not like ur others friend who have a car, a lot of money
I've also no story to share....

whatever it is,, I dont blame u...
Mybe it's time for me to "undurkan diri" from them....
aku boleh buat semua benda nampak normal...
tapi aku x mampu nak berthan lama...
decision have been made....
and I prefer to stay away from u....
no need to be hypocrite in front me anymore...
i don't like it....

Tuesday, August 2, 2011

ahlan wa sahlan ya ramadhan :)

setahun menunggu....kini, 'dia' telah kembali...
ada apa dengan ramadhan...sehingga semua orang menanti kehadirannya?
kata ustzah : bulan ramadhan bulan yang mulia...
kata anak kecil : dia da dtang da...malas la nak puasa umi.....
kata pak cik : argh!!.x leh nak hisap selama sebulan......


bulan ramadhan tahun ni aku kira beruntung sebab dapat puasa kat rumah je...
x yah nak pening2 nak makan pe, sebab ibu aku kan ada...hehe...
tapi lau ibu aku kerja, aku la kena masak...sama je kot..
janji buka puase kat rumah..haha..sahur pon ada orang gerak..best2..haha
hope ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas....
tahun lepas berapa kali je aku solat terawikh berjemaah...
aku pon x tau pe amalan yang aku da buat tahun lepas...negatif kot..haha
aku bersyukur kerana tahun ni aku di beri peluang untk tebus semula kesalahan aku... :)

Wednesday, July 27, 2011

selamat pergi my fren :(

bestnya kawan aku, dapat pargi umrah tahun ni..
hari ni nak pergi da...hope dy selamat pergi dan selamat pulang...
nak hantar sampai ke air port aku x mampu..
pape pon jangan ingat nak main je sudah..haha
aku jaga la city ko sepanjang peninggalan ko...
pasni x dela nak anta request kat aku da...
mybe aku jugak perlu tinggalkn sebentar game tu,,
main pown sebab nak bersaing je..haha..memang x de keje...
baik ko save siap2 gambar aku, nnti rindu susah pulak :P
hahahahaha..da start nak merepek da..btw,hati2 la ek..
mungkin mula2 susah nak biasakan diri kat tempat orang,,,
tapi aku tau, ko senang nak adapt ngan persekitaran...hehe

Monday, July 11, 2011

tour atas road ::

kebelakangan ni banyak tempat da aku pergi..hahah
nama pown holiday kan...best best :)
awal julai hari tu pergi kelantan...
jumpa la cousin yang da lama x sembang....
dapat gak makan kopok lekor selama seminggu..hahaa..
minggu yang baru ni balik perak...
bila balik perak makan durian pulak..hehe
time kat perak ni jela peluang aku nak bawa sentra pown...
yang x leh bla nye, pergi ok, balik lak yang problem..
mana x nye da jalan sempit..lau bawa kancil konfom lepas...
ada la dalam 5 minit kat situ je..haha..
nasib baik ada pak cik yang tolong bagi instruktur...
kalau x, memang kat situ jela aku..hahahha
minggu ni kena balik selangor lak..
nak sambut befday embah..yang ke berapa aku pon x sure..
bak kate ibu, buat jela...kang x buat sampe ke sudah asyik cerita je..hahhaha
memang kelakar betul..tapi dalam masa yang sama...
banyak gak mende x elok yang jadi.....
contohnya excident time on the way pergi kelantan...
pape pon perjalanan ni memang memenatkan walaupon aku bukan driver..hahahahah

Wednesday, July 6, 2011

kisahku bukan seperti dalam telenovela ~

pertama sekali aku nak minta maaf kat kawan2 baik aku..
aku tau korang semua nak aku bahagia...
tapi aku tak merasakan dengan cara ni aku akan bahagia...
mana mungkin aku nak menidakkan hukum ALLAH...
sebelum ni lagi kitorang da tau..
cuma nafsu je selalu menang....
aku harap korang paham....
dua hati x mungkin bersatu tanpa izinNya jugak..
kite kena terima hakikat yang tu...
buat apa kapel lama2 tapi endingnya kahwin ngan orang lain jugak kn...
kisah kitorang bukan macam dalam cerita yang endingnya hero dan heroin akan kahwin..
hakikatnye dalam kehidupan kita semua berlaku atas kehendak-Nya..
Pengarah Yang TERAGUNG....apa yang tersurat dan tersirat kita pon x tau..
terus terang aku cakap..sebenarnya aku da sedia untuk terima semua ni..
cuma masa je x mengizinkan aku meluahkan kata..,
aku mengaku aku memang sayang nak lepaskan dia..
tapi setelah berbulan aku fikir balik hal ni...
aku sedar...aku bukan sesiapa...xdela sebaik dia..
kalau ada jodoh, ada la..x de pon x pe..
lupakan dia 100% mungkin bukan jalan terbaik untuk aku..,
sebab aku tau aku x mampu..tapi aku suka menjadikan dia sebagai kenangan silam..
itu lebih bermakna bagi aku..
aku suka tengok dia bahagia..walaupun bukan dengan aku..
dia tetap kawan aku :)

Sunday, June 26, 2011

CERPEN SEDIH TERBAIK SINGAPURA - SUATU PENYESALAN....

Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.

BAHAGIAN KEDUA

Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....

Assalamualaikum.

Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang...

Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....

Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.

Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...

Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Ani.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......

"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah...

Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...

Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...

Ya Allah?.

Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......

bunga yang layu, x mungkin mekar kembali.....

Sunday, June 19, 2011

kenangan antara kita masih tetap utuh di hatiku ~

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi


Saturday, June 18, 2011

maafku disalah erti ~

pejam celik pejam celik da 2 taun peristiwa tu berlaku....

memang la salah aku..aku mengaku...
tapi sampai sekarang aku rasa bersalah...
kejadian berlaku pada 20 jun 2009..
mase tu aku jd MC utk assembly pagi sabtu...
aku tanya la diorang..nak panggil sape untuk nyanyikan nasyid skola ni...
kena ade 2 orang...aku mintak pendapat dyowang..sebab aku pon 1st tym kena konduk tu..
memang cuak gile...xpela..aku tunggu jela nama yang dyowg nak panggil..
aku tanye la nape pilih name dyorang..
dyowang kate panggil jela dak tu, sebab semalam befday dy...
yang sowang lagi tu xde pape sebab..
aku pon kate ok jela memandangkn aku pon x de idea nak panggil sape...
nak dijadikan cerita..kan time diyorang nyanyikan lagu tu...
aku dapati ade something wrong kat situ...
tapi aku x sure..sebab lepas je aku panggil dyorang,,
aku ke belakang jap...aku dengar 1 hall tu gelak...
musykil gak...yela,, aku xtau pape an...
lepas je kejadian tu....baru aku tau nape sume owang gelak...
tapi time tu da terlambat....aku x leh nak stop waktu...
aku nak mintak maaf kat dak tu sebab da malukan dy depan 1 sekolah...
aku mintak tolong kat kawan aku...mintak tplong cakap kat dak tu yang aku mintak maaf...
tapi dak tu kate dy x nak maafkan aku...yela da malu 1 skola kan..
tapi dia kate kena belanja dulu...
xpela kn..aku pown memang da rase serba slah an time tu...
aku pown buat la keputusan untuk belanje roti ngan soya je...
aku suh la member aku yg sekelas ngan dak tu letak bawah meja dak tu..
malangnye...ada salah paham kat situ...
aku pulak yang dikatakan nak mengorat dak tu..
sengal tul..hahaha..aku bukan bagi saje2...ade makna kot...
yela..selagi dia x maafkan aku kan....peduli apa aku..haha
ada ke patut dia kate nak balas dendam..nak buat aku malu 1 skola plak..
x sanggup aku..baik aku minta maaf dulu kn...
sejak kes tu...kira memang aku da taubat la..
x nak da panggil orang sesuka ati je...
takut aku yang terkena balik...hahahaha


sanggup kah aku jadi begini???
haha..no way la kan..aku akan berusaha selagi mampu :)

Thursday, June 16, 2011

repeat untuk kesekalian kali......

berharap yang ni yang terakhir....
x larat suda nak repeat....
mende yang same sejak tahun lepas....
walaupon ade kemajuan.....
tapi tetap gagal....
lepas ni kena strive lebih sket....
cuti yang masih berbaki kena guna sebaiknye...
huhu..ingat nak repeat taun depan je...
tapi da alang2 kan...
xpela..try buat kat luar pulak...
thanx kepada family, kawan2, lecturer yang support..
i'll try the best this time...
pray for me k!!!

Thursday, June 9, 2011

you are the best ~

da lama nak post entry ni...
tapi x tau nak cerita camne...
nak ucap terima kasih sebab sudi jadi bff aku...
sejak dari sekolah lagi...
kawan yang baik memang susah nak jumpa skang ni...
tapi x sangka masih ade lagi owang sebaik ang :)

yang paling aku x lupa time ang merajuk ngan aku...
time tu..ang kate nak jumpe aku...
tapi aku datang lambat...
kebetulan time tue aku ade keje nak wat..
time aku sampai, aku cari ang..
tapi ang x de..aku call ang..
rupenya aku da lambat 2 jam...
mana la aku tau ang tunggu aku dari kul 8 an..
lepas 3 bulan kejadian tu..baru aku tau..
rupa-rupanya ang blikan roti canai untuk aku..
soriela my fren..aku x de niat pown nak wt ko tunggu aku..hehe

pape pown..ang memang kawan baik la..hehe
simpan rahsia aku..jadi pendengar setia aku..
terima kasih for being my best fren forever :)

Wednesday, June 8, 2011

award untuk nadia nabila :)

welcome readers !!!
thanx to be the 100th follower in my blog :)
hahahaha...tambah lagi seorang....
genap la 100 follower :)

this is for u :

Saturday, June 4, 2011

tik..tik...tik...

aiye....geram tol...
asal time aku je....mesti la time tu dy x de....
asal aku bkk je,, mule la dye nak malu2 ngan aku....
memang x patot btol.....
disebabkan tu jgk la.....
tahap kesabaran aku makin meningkat....huhu
mane la x gram an...
hari tu,, time aku blek dari ipoh, ingat nak mandi lame2....
skali aku bkk shower, mula2 ok la akan.....
da lame2 tu mkin lame, mkin sket....
nasib bek la time tu aku owg first msuk tandas....
tapi tu cite ari tu..nak dijadikan citer,,
ari ni aku terlambat sket msuk tandas....
endingnye time aku mandi tadi air pon tinggal x sampai sebesar jari aku...
nak tadah pon x guna....nak tunggu lame...
mmg sabo jela~


kesimpulannye:
hargailah air walaupon setitik....huhu

Monday, May 23, 2011

friends alphabet


A = accepts you as you are
B = believes in you
C = calls you just to say HI
D = doesn't give up on you
E = envisions the whole of you
F = forgives your mistakes
G = gives unconditionally
H = helps you
I = invites you over
J = just likes to be with you
K = keeps you close at heart
L = love you for who you are
M = makes a difference in your life
N = never judges you
O = offers support
P = picks you up when you are down
Q = quiets your tear
R = respects you
S = says nice things about you when you need to hear it
T = talk good thing about you
U = understand you
V = values you
W = walks beside you
Y = yells when you need to listen
Z = zaps you back to reality

:: khas untuk mirara ::

dear mirara,
thank you for helping upgrade this bog.....
you are the best helper if it relate to blog...hahaha
memang mantap la weyh...
aku nak buat benda2 alah camni malas sikit...
pape pon,, trimas eh sebab tolong aku...
pasni boleh la ko buat bisnes...hahhaha

ni untuk ko :

ok x???hahhaahha

Thursday, May 19, 2011

k.a.k.o.n

tanpa kita sedar....sudah lebih setahun kita berpisah.....
masing-masing pon ada tanggungjawab....
cuma terkilan sedikit kerana cara perpisahan kita pada 16 dis 2009..
nak kata kita rapat,,bolehla...
nak kata kita gaduh,,x perasan la pulak an...
maybe aku terlepas pandang kot...
tapi x kisah la an.....janji kita tetap kawan....
nama k.a.k.o.n khas di buat oleh najihah time exam :)
kami bukan geng.....tapi disebabkan orang lain punya mulut....
last2 kita di katakan geng..tapi x kisah la semua tu.....
aku suka kawan ngan korang...
even ada yang kata aku da berubah jadi 'jahat' sebab korang....
tapi x kisah la pe orang kate...
korang pown best friend aku jugak :)
friends forever ~


Thursday, May 12, 2011

aishiteru~

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Back to [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Tuesday, May 10, 2011

crite dlm mse sejam.....bukan seminit....

haaaa.....
takut aku nak tidur tengah hari da.......
dalam pukul 11.19:
send mesej kat bella.....
"wey, nty grak aku kul 12:00"
dia reply :
"okie!"


sebelum nak lelap, layan lagu dulu..hehe..
da lame x dengar an....
nak dijadikan cerita....dari pukul 11:20 sampai pukul 11:58 aku x leh nak tidur...
x pela an....
ak send mesej kat bella lagi,,
"grak kul 12:30 la..huhu"


baru aku boleh tidur.....
nak dijadikan cerita....
tym tengah tidur tu.....
aku terbangun.....
aku trun bawah....
pastu ade sowang laki ni muncul dari dapur....
aku x kenal pon sape....
n then,, aku capai handset nak kol polis la kn...
tym aku da pegang tu,,aku jadi kaku,,
nk taip x boleh..cuak gak...
laki tu datang dkat aku an....
tym aku da panik tu,,aku pegang jela ncet tu....
rupe-rupenye......
aku hanya bermimpi......
lega.....
tapi takat tu jela...
aku try nak bangun dari tdur....
trase susa sgt....
rupe-rupenye ade orang hempap aku.....
nak dijadikan cerita...
aku tendang la orang tu..
(bajet terer jap)
pastu aku cari nset aku...
ade kat sblh orang tu,..teragak-agak nk amik...
tapi memikirkan handset itu penting tym tu...
aku pon capai la dengan segera an...
time tgh klam kabut tu......
baru aku tersedar....
aku bermimpi lagi......


gambar hiasan semata-mata 




hua.....................
penat la cmni.....
da la pg tadi pas sbuh aku x tdur da...
mlm tadi tdur kul 3 pagi........
(sebab x leh tdur an)


tym aku bangun tu aku tengok jam baru kul 12:20
aku tetdo kul 12:00....
mmg gile....
x nak tdo tgh ari da pasni....


aku bagi mesej kat bella:
"x pela wey.aku da bangun ni."
dia reply,,agak power gak ayat dye,:
"cam kling!"
free2 je dapat pangkat kling....hahaha


moral of the story:
+jangan lah tidur tgh hari....hehe
+sentiasa la pegang nset....
+sentiase prepare dgn pe pon yg bkal blaku..
+tdur tym kite x sorang2 kat uma.....


(xtau la ade kaitan x moral value kat situ..tapi nak tulis gakk..hahaha)

Sunday, May 1, 2011

hari yg bkal tiba...

stiap kli nk wt post je mesti MALAS....bukan malas nape...juz malas nak fikir tajuk je..hahaha....
inyaALLAH 19hb ni nak balik perak an...nak amik sjil spm...22hb blek kl...x nk la dduk lame2 kat uma owg kn...nnti nyusahkan org plak....lagi pon,, nak blek ngan zaty...ade ajak aina ngan pika da,..tapi x tau dyowg nak join x....still in progress....hope so tiket x abih lagi....sonok rasenye dapat jumpa kwn2 lame...bukan nk kate x bes ade kwn baru....tapi sbb da lame x jumpa dyowg an...mestila excited sket...hehe...hope so dpt jumpe sume... :)

Monday, April 25, 2011

setaun sudah berlalu.....

bermula pada 23 mei.....
hari pertama menjejak kaki di USIM....
first impression:
+boring gile....
+huru-hara
+kelam kabut
+tak teratur
sume nye pon -ve....
malam tu,,akak jaksa msuk blik...
suh isi borang harapan kot..
mnde nth ak mepek kat borang tu..ak pon xtau..
hahaha...janji tulis...

hari first klas ngan ustazah mina....ingat lagi...
time tu hari jumaat....aku, poozab ngan ruby da miss klas....
plajar cemerlang la katekn...kne la try rse kong klas...hahaha
nk di jadikan cerita.....
tersebut la sejarah bila mana aku di iktiraf sbg penolong ktua klas yang berwibawa (kononnye)
hari tu hari isnin,,,,time madam june....aku duduk depan....
bekaliber x aku time tu??hehe
tetbe time abih klas madam june mntk 1 no dr dak laki n pompuan....
dak laki da bagi no...tapi dak pompuan,,
semua senyap je...kontrol ayu...
hahaha...madam june ckp,,dak laki a bley kuar...dak pompuan x leh ag...
sbb x kasi dy no lagi....
time tu ak tgk,,sume owg pon still no respon...
las2 ak pon angkat la tgn dgn pnuh bekaliber kate aku nk jadi volunteer...
lpas je aku bagi no kat madam june tu...
sume owg pon nk kate aku ni assistant class rap..sjak ble nth..

hari demi hari yang dilalui di USIM
telah mengajar aku erti kesabaran (bajet gle..hahaha)
pape pon thanx ye kepada tsu III
korang memang bes...
x kre la sem I ke sem II...
sesapa je yang pernah msuk grup III...
trimas la ye sbb byk tolong aku...
ak pon x la bgus atau layak nk jd penolong ktua klas an...
tapi x tau la npe korang still pilih aku..x phm aku...huhu

group III sem II

tsu III sem II

hope to see all of you next sem..hehe

Monday, April 11, 2011

intabihu!! intabihu!!

pengumuman secara rsmi,,,
facebook ku telah di deactivate....
pada pukul 9.40 malam bersamaan 10/4/2011..
hehe..
penutup ini hanya lah bersifat sementara 
KERANA..
mana boleh tahan kalau berbulan-bulan tak main game kat fb tu..hahaha
memang takde keje tul..
pape pon...tolong la jangan rindu aku...hahaha
(sempat lagi nak pasan)
dalam 2 minggu lagi insyALLAH la kn...
ak activekn balik..tu pon kalau umur ku masih panjang..
(ayat bajet je ni..hehe)

demi periksa final yang sekali je sepanjang 1 semester kn...
aku berkorban gak la masa untuk fb...
sekarang ni masa untuk bukak buku pelajaran ye..
bukan MUKABUKU aka facebook..hahahah

see u later.. :)

Sunday, March 27, 2011

~pengorbanan seorang ayah~


Si ayah yang bekerja tani menjual hasil buah dan sayur disebuah kedai, didatangi oleh si anak. Si anak terlebih dahulu melihat rakannya memiliki pancing untuk menangkap ikan, lalu si anak pergi berjumpa anaknya untuk meminta dibelikan pancing untuknya. Sambil membuka peti duit dikedainya, si Ayah menjawab, ‘ kita bukan orang kaya, nanti abah ada duit ayah boleh belikan pancing, nak tangkap jaws pun boleh ‘. Dengan rasa keliru dan kecewa si anak pun
terpandang kelambu lama. Dia mendapat satu idea, lalu kelambu lama itu dibuat pancing. Dan hasil yang diperolehi begitu banyak.
Kemudian si anak melihat pula rakannya memiliki kereta mainan kayu yang pastinya agak mahal. Lalu si anak bertanya kepada si ayah untuk dibelikan sebuah kereta mainan kayu untuknya. Dengan nada melawak ( tanpa mahu mengecewakan anaknya ), nanti kalau ada duit, kereta kebal pun ayah boleh belikan. Sekali lagi si anak keliru dan kecewa, lantas mencari kayu buruk di tempat sampah. Hasil gigih si anak maka sebuah kereta mainan yang jauh lebih besar dari kereta mainan rakan2nya dapat dihasilkan.
Sehinggalah 16 tahun kemudian…..si anak yang tampak sangat cerdik dengan rekaan pelabagai rekabentuk barangan elektrik, mendapat satu surat dari sebuah Institut Pengajian Tinggi. Si anak mendapat tawaran belajar. Dengan nada yang nampak tiada harapan, si anak bertanya kepada si ayah ‘ bolehkah dia melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian tersebut ‘….dengan gerakan yang nampak longlai..si ayah secara perlahan membuka peti duit di kedai tersebut..hanya
ada beberapa ringgit…lantas ada sebuah buku bank dicapai oleh si ayah lalu diberikan kepada si anak..dengan perlahan2 buku tersebut dibuka dan tertera nama si anak..dan yang paling bermakna sekali adalah…baki buku bank tersebut tertera nombor RM 41 000. 00.
Dana pendidikan anaknya telah disediakan dari kecil. Sianak tidak menyangka lantas memeluk si ayah terharu.



the moral value: simpan la duit dari kecik...hehe :)

Wednesday, March 23, 2011

kepada housemate yang bernama nur sakinah harun.....

tajuk macam bajet gila an...
hahahah...
nur sakinah harun a.k.a inah @ kinah....
bukan konfom pon aku dapat maktab tu...
huhu...jangan la sdey sangat deh...
lek-lek je suda..hehe
even kalau kite stay usim pown,,x tentu kite akan dduk di bwh 1 bumbung lagi...
msa tu,,ko bz ngan keje ko...
aku pon bz ngan keje aku....
xde masa pon nk sembg....
las2 nset gak yg jadi penghubung antara kita....
don't cry....i know u can get best score..
if u want to achieve something,,just go for it...
it doesn't matter whether u success or not...
nobody will scold u..it doesn't mean nobody cares about u....
think about ur family...
they know that u can do it....
believe in urself....
make this final exam as ur inspire for u....
i know u can do it...:)

what matter is it....
we still frenz :)

usaha yang berpanjangan....tired suda...

akhirnye....
dapat gak apply maktab...
xtau la dapat ke tak an....
redho jela...
esok,,24hb nk g amik slip muet ....
muet pon kne repeat..
harap2 la kali ni ok sket resultnya..
tak nak la band 2 da...
nmpk cam teruk....
brukkan slip je..huhu

ari isnin ari tu,,
mntk tolong abang belikan no pin...
nsib bek dy nak tolong gak...
no 3206....harap2 la no ni antra yg lucky gak an....
huhu...

bukan aku x nk stay kat usim....
nthla,,mybe da x de hati kowt...
tapi depends gak an..
klau xdpat maktab,,aku stay jela kat situ..


mugkin akan tinggal kenangan....
atau mungkin juga akan jadi tempat aku continue study...

sume pon terpulang kat diri aku...
mybe aku x ckup kuat utk trus setia ngan usim...
sume mnde yg blaku pon ade hikmah...
aku x salahkan takdir kerana menetapkan aku di usim...
kate hati aku.....
mengatakan usim bkn tmpatku....



Friday, March 4, 2011

entry yang dinanti ~

emmm....
it have been a long time ago....
since i don't publish any post...
i want to express something...
but...
it was too hard for me to release it out by word....
i'm not the best speaker....
i also not the best listener....
but please.....
do to believe me...
i know i can't make the whole thing perfect like u want...

i don't want to be alone 


I've try all my best to do as u wish...
Even it was hard...
but why???
u still blame it on me....
is that true that i'm worse???

then...
why not u tell me frankly??
i can accept it...
please don't make me think negative to u...

all the time....
i force myself to smile...
i follow what u want....
i do as u wish...
what else u want me to do??
i'm not a statue...
i also have feelings....

                                                                 sorry if I've make u hurt....

Thursday, February 24, 2011

thank you my friend :)

dear poozab:
thanks ye because mengajar sy cmne nk change blek setting blog ni..hehe..
kalau kau takde,,sampe bile2 la ak tak update blog ni...hahaha
nasib baik la just tetuka setting je...hmpir2 kot nk ttup je blog ni..
yela,,for what i'm typing, if i also blur on it right?...
akhirnya tadi, dapat gak aku publish post 'tour de putrajaya' ak tu kn...hahahah
mmg byk kot masalahnya.....
nsib baik la ada kau yg menjadi penyelamat..hahaha

~ friends forever~

tour de putrajaya ~

pada tanggal 16 februari 2011....
kumpulan 1 & 3 tsu telah mengadakan lawatan ke putrajaya
dengan diiring oleh ust ridhwan, ust wan, madam hendon n madam adzidah....
(cam nk wt report la plak kn...hhahaha)
bak kate poozab, "x de kje tol la dak ni"
hahaha...k la..the story begin when......
kitowg kne bgn seawal subuh utk mengkonfomkn diri bhwa kitorg x ketiggalan utk menyertai tour ni..
lau g lawatn mmg smgt,,cbe lau nk g lecture...
harapan la nk terpacak kt kmpus kul 7.30 pg...


antara wajah-wajah yg x sabar nk pegi :)

kul 8 pon x tentu smpe ag....hahaha
kate nk btolak kul 7.45....
tp bas pon dtg lbt...kul 8.39am bwu kitowg betolk...

ada la dlm kul 9 lbey gak bwu smpe ke istana kehakiman....
cntik gle sey design nya...
nk upload gmbo tp gmbo tu x de dlm nset ak...ni je yg ade....

sebahagian dr rak buku kat library istana kehakiman :)

ptotla prot asyk bebunyi je...
rupe2 nye da tgh ari pon..huhu
kitowg berennti solat jap kat masjid putrajaya...
smpe je sini sume da keletihan...
mne x nya kat istana kehakiman tu asyk dgr owg ckp je kn;.huhu

to be continued.....
hahahaa..ble mse nk post lg nth..=p



Saturday, February 19, 2011

kesedihan yg x terkata..~

cmne nk tuka format pnulisan blog ni....
nk tuka tulisan pon x leh....
sjak post pasal tour de putrjaya tu x jd nk publish an....
igtkn post tu je jd cmtu..
rupenye...sampe skunk pon dy jd cmni....
bruk sey...
membuat kn ak mlas nk wt entry baru wt mse ni....:'(

Wednesday, February 16, 2011

aku ke yang bersalah??

aku tau aku bkn seorang yg sempurna utk mendapatkn org yg sempurna......
ak sedar aku juga hanya insan biasa spertinya...
tp kenapa mesti ini yg terjadi :'(


setiap kali aku beritahu situasi sebenar,,
mesti dia terluka....ak da cuba sedaya upaya utk menjaga hatinya..
bukan aku x cuba untuk kontrol perasaan amarah...
tp aku sering kali gagal untuk mengawal budi bicara....
mungkin aku failed dalam aspek tu...
tp jgn la menghukum aku sebegini rupa.....




setiap kali perkara ini blaku,,,,
mesti ak x leh nk tidur lena....
pnat utk memikirkan apa yg akn blaku pada hari esok....


aku sdar aku bukan seperti yang dia harapkn....
ak da cuba untuk berubah...
walaupun aku selalu wat dy terluka....
tapi ak x de niat pon nak cmtu sebenarnya....
kadang2 niat ak hanya untuk bergurau....
mungkin caraku salah sehingga menyebabkan dy brase besalah...
aku x reti nak bermadah....
aku juga x mahir dalam menutur kata....
apa yang aku bley lakukan hanya mengucap kata maaf....
aku tau brat utk hatinya menerima ucapan 'maaf' dariku....
tapi hanya itu yang aku mmpu lakukan.....

Monday, February 14, 2011

like this~

alhamdulliah....
da khatm pon bku ni...


setelah semggu kan..kjap je mse blalu...
byk gak mnde yg ak bwu blaja dalam bku ni....
bes gak...mmg terkena btang hidung sendri..huhu
pape pon thanx ea kpada asrie sbb hadiahkan bku ni... :)



thanx for all this :)

my dear friends,
terima kasih ek atas sume adia yang kowg da bg..
i really appreciate it..hehe
len taun ak blas ek. :)

taun dpan jgn lupe bg ag ek..hehe

Tuesday, February 8, 2011

manusia oh manusia !!!

bila bercakap tentang manusia......
apakah yang terlintas di fikiran anda???
anda juga seorang manusia bukan??
jadi,sama-samalah kita merenung diri kita kembali......

adakah anda merasakan diri anda sudah sempurna???
jawapannya terletak pada anda....
adakah anda seorang yang hebat??
jika ya,buktikannya kepada alam....
berapa banyak pahala yang sudah kita dapat??
sudah selesaikah tanggungjawab kita kepada tuhan Pencipta Alam??
sudah banyakkah amalan kita sehingga kita alpa dengan dunia???

renung-renungkanlah kembali.....
mengapa manusia suka menilai berdasarkan rupa??
mengapa mereka sering memikirkan tentang harta berbanding amal soleh??
mengapa mereka sering bercerita tentang dunia artis walhal
banyak pabila di tanya kn tentang sirah nabi semua terdiam???

manusia oh manusia....
hidup ini tidak lama....
tiada yang abadi melainkan PENCIPTA kita...
sedarkah kita bahawa dunia ini hanya persinggahan???
pernahkah terlintas di hati kita untuk bertaubat??
janganlah kita menjadi jahil tantang ilmu agama....
penuhkan lah ilmu di dadamu...
lapangkannya dengan mendengar ayat-ayat suci al-Quran..
insyaALLAH hati kamu akan tenang selama mana kamu berpegang kepadanya...

peganglah kepad tiga:
1.al-Qur'an
2.al-hadis
3.sirah nabi



ketahuilah bahawa hidup seorang mu'min tidak lengkap tanpa berpegang kepada tiga perkara ini....
al-Qura'an diterangkan dalam hadis....sirah nabi sangat penting kerana....
bagaimana seseorang itu boleh mengetahui sejarah hidup nabi kalau dia tidak pernah membaca
tentang para sahabat??

tidak lengkap pegangan kita jika kita hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis....