Sunday, March 27, 2011
~pengorbanan seorang ayah~
Si ayah yang bekerja tani menjual hasil buah dan sayur disebuah kedai, didatangi oleh si anak. Si anak terlebih dahulu melihat rakannya memiliki pancing untuk menangkap ikan, lalu si anak pergi berjumpa anaknya untuk meminta dibelikan pancing untuknya. Sambil membuka peti duit dikedainya, si Ayah menjawab, ‘ kita bukan orang kaya, nanti abah ada duit ayah boleh belikan pancing, nak tangkap jaws pun boleh ‘. Dengan rasa keliru dan kecewa si anak pun
terpandang kelambu lama. Dia mendapat satu idea, lalu kelambu lama itu dibuat pancing. Dan hasil yang diperolehi begitu banyak.
Kemudian si anak melihat pula rakannya memiliki kereta mainan kayu yang pastinya agak mahal. Lalu si anak bertanya kepada si ayah untuk dibelikan sebuah kereta mainan kayu untuknya. Dengan nada melawak ( tanpa mahu mengecewakan anaknya ), nanti kalau ada duit, kereta kebal pun ayah boleh belikan. Sekali lagi si anak keliru dan kecewa, lantas mencari kayu buruk di tempat sampah. Hasil gigih si anak maka sebuah kereta mainan yang jauh lebih besar dari kereta mainan rakan2nya dapat dihasilkan.
Sehinggalah 16 tahun kemudian…..si anak yang tampak sangat cerdik dengan rekaan pelabagai rekabentuk barangan elektrik, mendapat satu surat dari sebuah Institut Pengajian Tinggi. Si anak mendapat tawaran belajar. Dengan nada yang nampak tiada harapan, si anak bertanya kepada si ayah ‘ bolehkah dia melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian tersebut ‘….dengan gerakan yang nampak longlai..si ayah secara perlahan membuka peti duit di kedai tersebut..hanya
ada beberapa ringgit…lantas ada sebuah buku bank dicapai oleh si ayah lalu diberikan kepada si anak..dengan perlahan2 buku tersebut dibuka dan tertera nama si anak..dan yang paling bermakna sekali adalah…baki buku bank tersebut tertera nombor RM 41 000. 00.
Dana pendidikan anaknya telah disediakan dari kecil. Sianak tidak menyangka lantas memeluk si ayah terharu.
the moral value: simpan la duit dari kecik...hehe :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sayang abah <3
ReplyDeletehahah..sayang ayah jgk..:)
ReplyDelete